BINTANG realiti Kim Kardashian didakwa terpaksa menutup akaun YouTube milik anak lelakinya selepas kanak-kanak itu memuat kandungan video berunsur politik. The Daily Beast melaporkan Kim, 44, bertindak sedemikian susulan tindakan Saint West membuat perkongsian mengejek calon presiden Kamala Harris. Menurut sumber, akaun tersebut sudah tiada lagi dalam paparan laman berkenaan sejak beberapa hari lalu. Video gurauan yang dikongsi Saint mengundang pelbagai reaksi. Menerusi hantaran tersebut, Saint dikatakan berkongsi ilustrasi menunjukkan gambar Kamala dipijak dan disamakan dengan najis untuk tujuan jenaka. Bagaimanapun, gurauan kanak-kanak berusia lapan tahun itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Tidak kurang juga ada yang mengaitkan perbuatan Saint menggambarkan sokongan ayahnya, Kanye West terhadap lawan Kamala iaitu Donald Trump yang turut merebut jawatan presiden. "Kecil-kecil lagi dah pandai ambil tahu fasal politik! ARTIKEL BERKAITAN: Anak-anak mahu Kim Kardashian kahwin, sudah ada calon kekasih buat ibu ARTIKEL BERKAITAN: Penangan Taylor Swift punya fasal, Kim Kardashian hilang 500,000 pengikut IG "Mesti ayah dia bangga tengok Saint mengejek Kamala," komen netizen. Sebelum ini, Kim mendedahkan ia bersetuju untuk membenarkan Saint membuka akaun YouTube sendiri sekiranya anaknya mematuhi beberapa syarat. Antaranya syarat ditetapkan adalah Saint dilarang merakam mahupun memuat naik maklumat keluarga serta harus mendapatkan kebenaran Kim sebelum berkongsi sebarang video. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!