suria

Ikut jantina asal, Lucinta Luna mahu dikebumikan sebagai lelaki jika meninggal dunia

Lucinta mahu dikebumi sebagai seorang lelaki.

PERSONALITI media sosial dari Indonesia Lucinta Luna berhasrat untuk dikebumikan sebagai seorang lelaki apabila dia meninggal dunia kelak.

Lucinta atau nama sebenarnya Muhammad Fattah, 35, berkata dia mahu jasadnya itu diuruskan mengikut fitrah asal kelahiran.

"Jantina asal saya kan lelaki, jadi nak dimandikan secara lelaki. Cuma untuk keluarga dan rakan terdekat.

Untitled design (7)

Lucinta sedar dirinya seorang pendosa.

"Macam mana saya nak berbuat baik, saya pun macam mempermainkan agama," katanya.

Lucinta berkongsi perkara itu menerusi satu sesi temu bual podcast pada Khamis.

Dalam pada itu, Lucinta turut berkongsi kesakitan yang dialaminya ketika menjalani pembedahan menukar jantina.

ARTIKEL BERKAITAN: Lucinta Luna keliru nak pakai telekung atau kain pelikat ketika solat, tindakan tukar jantina penyesalan luar biasa

ARTIKEL BERKAITAN: Lucinta Luna trauma dengan lelaki, sedar hanya ‘alat’ demi kepentingan diri

Malah, dia juga berasa takut kerana proses berkenaan melibatkan soal nyawa.

"Sakitnya berperingkat. Hari pertama rasa macam dikoyak-koyak. Hari kedua seperti dipotong-potong. Hari ketiga bagai dicincang-cincang.

"Lama saya nak buat keputusan tu sebab melibatkan nyawa" ujarnya.

Untuk ingatan, perbuatan menukar jantina dilarang dan dan diharamkan oleh Islam kerana ia bertentangan dengan fitrah ciptaan Allah SWT.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain