PELAKON filem Barbie iaitu Margot Robbie selamat melahirkan cahaya mata sulung pada 17 Oktober lalu. Daily Mail melaporkan Margot dan suami Tom Ackerley menimang bayi lelaki dan kelahiran itu lebih awal dari jangkaan asal. “Margot bersalin anak lelaki dua minggu lalu. Lebih awal daripada tarikh sepatutnya dia bersalin. Berita gembira tercetus selepas Tom dilihat membeli barangan keperluan bayi. “Apa-apa pun syukur ibu dan bayi selamat dan berada dalam keadaan sihat,” kata sumber terdekat aktres berkenaan. Sementara itu, ibu bapa Margot dilaporkan terbang dari Australia ke Los Angeles bagi bertemu dengan cucu mereka. Berita Margot bersalin mula menjadi bualan apabila Tom dilihat membeli-belah barangan keperluan bayi di sebuah pasar raya berhampiran kediaman mereka. ARTIKEL BERKAITAN: Cardi B selamat bersalin anak ketiga, timang bayi perempuan ARTIKEL BERKAITAN: Deepika Padukone, Ranveer Singh sambut kelahiran bayi perempuan Kali terakhir Margot muncul di khalayak ramai pada 13 Oktober lalu selepas paparazzi berjaya merakam fotonya ketika pelakon itu meninggalkan studio miliknya dalam keadaan sarat mengandung. Sebelum ini, Margot mengejutkan ramai apabila mengumumkan kehamilannya ketika muncul di sebuah acara karpet merah sekitar Julai lalu. Untuk rekod, Margot dan Tom mendirikan rumah tangga pada 2016 selepas menjalinkan hubungan cinta selama tiga tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!