suria

Kekasih Tamara Tyasmara bersalah bunuh anaknya, dihukum penjara 20 tahun

Tamara tidak dapat menahan air mata ketika kronologi kes dibacakan oleh Hakim.

KEKASIH Tamara Tyasmara iaitu Yudha Afandi dijatuhi hukuman penjara 20 tahun oleh Mahkamah Negeri Jakarta Timur pada Isnin.

Keputusan itu dibuat hakim selepas Yudha didapati bersalah atas tuduhan membunuh anak Tamara iaitu Raden Adente yang pada ketika itu berusia enam tahun.

Mahkamah turut mengklasifikasikan kes tersebut sebagai pembunuhan terancang.

Copy of Untitled - 2024-11-04T154018.710

Hukuman dibacakan ketika perbicaraan di Mahkamah Negeri Jakarta Timur pada Isnin.

"Yudha Arfandi secara sah didapati bersalah melakukan pembunuhuan terancang sebagai mana dakwaan terhadapnya.

"Jutseru itu, Yudha dijatuhkan hukuman 20 tahun penjara," kata hakim sewaktu membacakan keputusan.

Menurut hakim, hukuman yang dijatuhkan terhadap Yudha dianggap jauh lebih ringan berbanding keputusan juri atau Jaksa Penuntut Umum (JPU) yang menuntut hukuman mati dilaksanakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tamara Tyasmara lega Jaksa tuntut hukuman mati terhadap bekas kekasih, harap ada keadilan untuk arwah anak

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas kekasih Tamara Tyasmara mengaku benam kepala anak dalam kolam, mahu ajar teknik pernafasan

Meskipun perbuatan Yudha disifatkan kejam, mahkamah bagaimanapun tetap mengambil kira usia Yudha yang masih muda serta perlakuan baiknya sepanjang dalam tahanan.

"Tindakan Yudha memang kejam, tetapi selepas mengambil kira usianya yang masih muda dan perlakuan sopan sepanjang sembilan bulan prosiding berlangsung.

"Kami memutuskan untuk meringakan hukuman terhadap Yudha," jelasnya.

553

Perbuatan Yudha diklasifikasikan sebagai pembunuhan terancang.

Sementara itu, Tamara yang turut hadir ke prosiding dilihat tidak dapat menahan tangisan ketika kronologi kes pembunuhan dibacakan oleh hakim.

Dante yang merupakan anak tunggal kepada Tamara disahkan meninggal dunia pada 27 Januari lalu dipercayai akibat lemas.

Beberapa hari selepas kematiannya, Yudha ditahan pihak berkuasa sebagai suspek utama penyebab kematian kanak-kanak tersebut kerana dia individu terakhir bersama Dante di lokasi kejadian.

Rakaman litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan mendapati Yudha bertindak membenamkan kepala Dante beberapa kali sebelum disahkan meninggal dunia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain