suria

Selena Gomez jawab netizen kutuknya gemuk, dedah derita jangkitan bakteria pada usus kecil

Selena kekal cantik walaupun hidap SIBO.

KEMUNCULAN penyanyi Selena Gomez di Festival Filem Perancis Amerika memperagakan gaun hitam ketat mengundang kecaman dalam kalangan netizen.

Ramai merasakan gaun dipakai Selena tidak sesuai ekoran bentuk tubuhnya dilihat berisi sehingga menampakkan dia kelihatan buruk dalam busana tersebut.

Kecewa dengan kata-kata netizen terhadapnya, Selena memberitahu dia sudah muak dengan sikap sesetengah pihak yang hanya pandai mengkritik tanpa mengetahui kisah sebenar di sebaliknya.

Untitled design (3)

Selena tetap bahagia dengan kehidupannya.

Menjelaskan tentang bentuk tubuhnya, Selena menjelaskan ia berpunca daripada tindak balas pertumbuhan bakteria berlebihan pada bahagian usus kecil atau small intestinal bacterial overgrowth (SIBO).

"Kritikan orang membuatkan saya rasa muak. Saya mengalami masalah SIBO dalam usus kecil dan ia sedang mengganas.

"Saya tak kisah dan tak peduli tubuh saya tidak kelihatan seperti orang sakit!

"Saya tidak mempunyai badan seperti itu. Saya bukan mangsa, cuma hanya manusia biasa," katanya menerusi hantaran di platform X.

ARTIKEL BERKAITAN: Kesan penyakit lupus, Selena Gomez mengaku tak boleh hamil

ARTIKEL BERKAITAN: Selena Gomez tak boleh hamil, sedia ambil anak angkat atau guna kaedah ibu tumpang

Tidak berseorangan dalam hal tersebut, peminat segera menunjukkan sokongan terhadap Selena dan ramai cuba mempertahankannya di laman sosial.

"Mereka akan kritik tentang semua perkara dan ia sangat menyedihkan.

"Orang tidak tahu apa dialami seseorang dan hanya pandai berkata-kata," komen netizen.

Pada 2015, Selena menderita penyakit kronik lupus dan menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang dua tahun kemudian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain