PELAKON sensasi Nikita Mirzani dinasihatkan membenarkan anak perempuannya berkahwin dengan teman lelakinya iaitu Vadel Badjideh. Peguam Vadel, Razman Arif Nasution menyarankan perkara tersebut selepas yakin cinta anak guamnya terhadap anak Nikita iaitu Lolly adalah tulus dan ikhlas. Malah Razman memberitahu Vadel tidak kisah dengan semua kisah silam atau kontroversi melanda mereka sebelum ini dan tetap menerima Lolly seadanya. "Vadel menerima Lolly seadanya dan dia sebenarnya seorang yang tulus serta ikhlas mencintai Lolly. Vadel mencintai Lolly (kanan) dengan tulus dan ikhlas. "Lolly pulang ke Indonesia pun memang untuk memberi komitmen terhadap hubungan mereka tetapi berlaku pula masalah seperti ini," katanya seperti dilaporkan Suara. Dalam pada itu, Razman sentiasa mendoakan agar Nikita dilembutkan hati dan dapat melihat ketulusan hati Vadel mencintai Lolly. Malah Razman menawarkan kediamannya sebagai lokasi untuk melangsungkan acara lamaran Vadel dan Lolly. "Kita doakan sahaja Nikita merestui Vadel dan Lolly. Kalau mereka memang berjodoh, urusan lamaran boleh diadakan di rumah saya," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Lima hari tak berjumpa Lolly, hidup Vadel Badjideh sudah tiada makna ARTIKEL BERKAITAN: “Biar dia mereput dalam penjara” - Nikita tak akan lepaskan kekasih anak, Lolly pula sudah minta maaf Sementara itu, Razman menegaskan Vadel tidak pernah melakukan perkara tidak baik terhadap Lolly dan sedar remaja itu masih di bawah umur. Razman sebaliknya mendakwa bekas kekasih Lolly dikenali sebagai 'A' yang merosakkan remaja itu ketika mereka menetap di London. Pada 19 September lalu, Nikita bertindak menyerbu pangsapuri sewa Lolly di Jakarta dan membawanya pulang selepas membuat laporan polis terhadap Vadel. Vadel didakwa menghamilkan Lolly sebanyak dua kali dan memaksa remaja berusia 17 tahun itu melakukan pengguguran. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!