PELAKON Song Jae Rim dilaporkan meninggal dunia di kediamanya di Seongdong, Seoul, Korea Selatan pada petang Selasa. Memetik laporan Koreaboo, mayat pelakon berusia 39 tahun itu ditemukan rakannya bersama sepucuk surat dipercayai ditulis sendiri oleh mendiang. Menurut pihak polis tiada sebarang unsur jenayah ditemui di tempat kejadian. Punca kematian Jae Rim masih belum didedahkan. Mayat mendiang dijangka dikebumikan pada Khamis ini. Bagaimanapun sehingga kini punca kematian mendiang masih belum didedahkan. ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon veteran Kim Soo Mi meninggal dunia akibat serangan jantung ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon ‘The Glory’ Park Ji Ah meninggal dunia akibat pendarahan otak Jae Rim mula menceburi bidang lakonan pada tahun 2009 menerusi filem Actresses. Malah dia juga membintangi beberapa drama lain seperti The Moon Embracing the Sun, Our Gabsoon dan We Got Married, Two Weeks, Unkind Ladies dan Queen Woo. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!