SEORANG peminat wanita menerima kecaman selepas bertindak membuang air kecil ditempat umum ketika sedang menonton persembahan penyanyi Sabrina Carpenter. Aksi peminat itu berlaku ketika dia menghadiri Konsert Jelajah Short N Sweet oleh Sabrina yang berlangsung di Amerika Syarikat pada malam Sabtu lalu. Perkara tersebut tular selepas beberapa penonton lain berkongsi perkara itu menerusi media sosial. Gambar tersebut menunjukkan kawasan peminat Sabrina membuang air kecil. "Seorang perempuan tiba-tiba sahaja mencangkung kemudian membuka seluar dalam dan terus kencing di atas lantai," kata saksi. Rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang terhadap tindakan itu dan menganggap wanita tersebut seorang yang pengotor. "Ini perkara yang paling jijik saya pernah tengok sepanjang hidup. "Tidak mengejutkan. Ramai peminat Sabrina ini berperangai pelik. ARTIKEL BERKAITAN: Kek hari jadi curi tumpuan, Sabrina Carpenter sindir Leonardo DiCaprio ARTIKEL BERKAITAN: Tak tahan dituduh tiru NewJeans, Wonhee kantoi tolong padam komen negatif semasa Illit buat live "Rasa nak muntah bila tengok gambar itu. Menjijikkan!" ujar mereka. Untuk rekod, Sabrina kini sedang mengadakan siri jelajah di Amerika Syarikat dan beberapa negara lain bagi mempromosikan album keenamnya yang berjudul Short N Sweet. Konsert jelajah itu dijangka berakhir pada Mac 2025 di Itali. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!