PELAKON Megan Fox mendedahkan dirinya sedang hamil anak kepada tunangnya iaitu penyanyi Machine Gun Kelly (MGK). Ini selepas Megan, 38, berkongsi foto 'baby bump' dan ujian kit kehamilannya yang memaparkan keputusan positif di Instagram pada Selasa. Malah di ruangan kapsyen, Megan dilihat bersyukur apabila dia kembali hamil selepas mengalami keguguran sebelum ini. Megan dan MGK bakal dikurniakan cahaya mata pertama bersama. "Tidak ada yang benar-benar hilang. Selamat datang kembali," katanya. Semasa penampilan di rancangan televisyen Good Morning America sebelum ini, Megan menjelaskan pengalaman keguguran itu merupakan pertama kali terjadi seumur hidupnya. Tambah Megan, tidak mudah untuknya kembali pulih daripada episod duka itu. ARTIKEL BERKAITAN: Hasrat miliki anak bersama MGK tak kesampaian, Megan Fox alami keguguran ARTIKEL BERKAITAN: Megan Fox mudah jatuh cinta ketika bergelar isteri, tapi tak pernah curangi Brian Austin Pada November tahun lalu, Megan mendedahkan hasrat miliki cahaya mata bersama MGK musnah selepas mengalami keguguran ketika usia kandungan baru memasuki usia 10 minggu. Untuk rekod, Megan dan MGK mula menjalinkan hubungan cinta sejak 2020 dan mengikat tali pertunangan dua tahun kemudian. Megan sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Brian Austin Green dan dikurniakan tiga anak iaitu Noah Shannon Green, 12, Bodhi Ransom Green, 10, dan Journey River Green, 8. Manakala, MGK pula mempunyai seorang anak perempuan iaitu Casie Colson Baker, 16, hasil perkahwinan bersama Emma Cannon. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!