suria

Tak nak hilang bau, pengacara dipeluk Lisa mengaku dua hari tidak mandi

Indra mengaku tidak mandi selama dua hari.

PENGACARA Indra Herlambang mengakui dirinya tidak mandi selama dua hari selepas dipeluk anggota Blackpink, Lisa pada Jumaat lalu di acara bertemu peminat di Stadium Antarabangsa Beach City, Jakarta, Indonesia.

Indra, 48, berkata pada awalnya dia merancang untuk tidak membasuh badannya selama mungkin agar dapat mengekalkan haruman Lisa.

Namun tidak menyangka hanya mampu bertahan sesingkat ini kerana perlu keluar berkerja.

indra 2

Indra dan Lisa bergandingan semasa berada di atas pentas.

"Saya rasa saya tak boleh mandi selepas dipeluk untuk memastikan haruman Lisa masih terlekat di badan. Tapi hari ini saya perlu berkerja.

"Saya cuma dapat bertahan selama dua hari. Suka atau tidak sekarang saya terpaksa mandi kerana kerja," katanya.

Indra berkongsi perkara itu ketika ditemu bual oleh Insertlive.

Dalam pada itu, Indra mengakui dia amat meminati Lisa sejak awal kemunculan penyanyi berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengacara Indonesia dipeluk Lisa, pengalaman paling indah sepanjang hidupnya

ARTIKEL BERKAITAN: Lisa berani ambil risiko, dedah tak dapat sokongan syarikat pengurusan untuk gerak solo

Malah dia mengakui hilang kawalan ketika kejadian tersebut.

"Bayangkan saya sangat suka K-Pop, dengar lagu dan tengok drama mereka. Sebab itu kalau tak jaga diri boleh pengsan di atas pentas," ujarnya.

Pada Sabtu lalu, Indra selaku pengacara acara itu menganggap pengalaman dipeluk oleh salah seorang bintang terkenal dunia paling indah dalam hidupnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain