suria

Hadir majlis ‘birthday’, netizen sakit mata tengok anak Baim Wong pakai baju tak semenggah

Penampilan Kiano di majlis sambutan hari jadi dikritik netizen.

PENAMPILAN anak pelakon Baim Wong iaitu Kiano menarik perhatian ramai semasa menghadiri majlis sambutan hari lahir anak Atta Halilintar pada Isnin.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram Baim, Kiano atau Kiano Tiger Wong, 4, mengenakan kemeja-T berwarna merah dan berseluar jeans, berbeza dengan tetamu lain yang kelihatan lebih bergaya.

Gara-gara penampilan sederhana Kiano itu, ada netizen menulis komen kononnya pakaian itu dianggap tidak bersesuaian dengan majlis mewah berkenaan.

Untitled design (1)

Baim dan Paula telah memfailkan cerai pada 7 Oktober lalu.

"Pakaian terpakai siapa yang Kiano pakai tu?

"Kasihan anak Baim, pakaian dia tidak seperti anak artis lain. Kasihan melihatnya," tulis netizen.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang menyindir Baim tidak pandai menjaga penampilan anaknya ketika di tempat umum.

ARTIKEL BERKAITAN: Baim Wong menyesal dedah aib isteri, salahkan diri gagal jadi suami

ARTIKEL BERKAITAN: Ada semua bukti dan saksi, Baim Wong ketawa dengar penafian isteri berlaku curang

Malah, Baim juga didakwa gagal menjaga anaknya seorang diri tanpa isteri iaitu Paula Verhoeven.

"Bapa berpakaian elok, anak disiapkan sambil lewa sahaja.

"Nampaknya Baim tidak dapat menguruskan anaknya sendirian tanpa Paula," komen netizen.

Untuk rekod, Baim dan Paula mendirikan rumah tangga pada 2018 dan telah memfailkan cerai pada 7 Oktober lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain