suria

Baiknya hati Raffi Ahmad, bantu pelawak Nunung buka kedai makan... “Inilah kawan sejati!”

Nunung menyifatkan Raffi Ahmad sebagai kawan sejati.

SEMAKIN berjaya dalam perniagaan diusahakan, pelawak Nunung mendedahkan dia menerima bantuan daripada Raffi Ahmad ketika di awal pembabitannya dalam bidang berkenaan.

Cerita Nunung atau Tri Retno Prayudati, 61, ketika itu dia hanya menjalankan perniagaan secara atas talian sehingga Raffi menawarkan peluang membuka kedai makan sendiri.

Nunung bersyukur dibantu Raffi Ahmad.

Nunung mula menjinakkan diri di bidang perniagaan.

"Pada awalnya saya meniaga secara online dan ia menjadi tular di media sosial sehingga saya tak menang tangan kerana dapur di rumah saya kecil.

"Masa itu saya belum mempunyai kedai, perkara ini diketahui oleh Raffi, dia suruh saya cari tempat yang bagus dan dia uruskan semuanya," katanya.

Dalam pada masa sama Nunung meluahkan rasa syukur kerana perniagaannya mendapat sambutan ramai.

ARTIKEL BERKAITAN : Nunung dipinggir saudara mara kerana hidup miskin, tapi syukur selepas jadi artis semua dah berubah baik

ARTIKEL BERKAITAN : Nunung jalani pembedahan buang sel kanser, sempat buat lawak tanya keadaan payudara selepas sedar

"Alhamdulillah, kedai dapat sambutan ramai walaupun pembukaan rasmi belum dibuat.

"Saya berterima kasih banyak kepada Raffi kerana banyak bantu saya semasa saya sakit dan tak meminta apa-apa balasan, Raffi memang kawan sejati," ujarnya.

Perasmian kedai makan Nunung dijadualkan akan berlangsung pada pertengahan Disember nanti.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain