PENYANYI Ailee dilaporkan bakal mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya iaitu Choi Si Hoon pada 20 April tahun depan. Keputusan itu diambil selepas setahun mereka mengenali hati budi masing-masing. Syarikat pengurusan Ailee iaitu A2G Entertaiment turut mengesahkan khabar gembira tersebut. Ailee dan Si Hoon jalinkan hubungan secara rahsia selama setahun. Katanya Ailee teruja untuk berkongsi khabar gembira itu kepada peminat selepas hubungan mereka mendapat restu keluarga. "Selepas berkenalan dan bercinta selama setahun mereka memutuskan untuk berkahwin berdasarkan kasih sayang dan kepercayaan mendalam. "Keputusan dibuat selepas mereka mendapat restu daripada kedua-dua belah keluarga," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Hati Ailee sudah dimiliki, bakal kahwin ahli perniagaan tahun depan ARTIKEL BERKIATAN: Konsert ‘I Am: Here’ Ailee 22 Jun, Aina Abdul dipilih penyanyi pembuka tirai Dalam pada itu, Ailee turut berjanji akan terus berkarya dan menghiburkan peminatnya. Malah dia juga gembira kerana dapat bertemu dengan insan yang sedia menjaganya. "Kefahaman dan kebijaksanaannya membuatkan saya ingin menghabiskan sisa hidup saya bersamanya. Ailee jarang berkongsi foto bersama Si Hoon. "Tolong sokong masa depan kami bersama, dan kami akan hidup bahagia selama-lamanya," ujarnya. Sementara itu, Si Hoon merupakan seorang usahawan dan pernah muncul dalam program Single's Inferno. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!