suria

Umur dah 53 tahun tapi Elena Kong masih aktif guna ‘dating app’, mahu cari lelaki muda bertubuh sasa

Elena mencari jejaka muda meskipun sudah masuk 50-an.

PELAKON Hong Kong, Elena Kong mengakui dirinya aktif menggunakan aplikasi dating sejak kebelakangan ini.

Menurut Elena atau Elena Kong May Yee, 53, dia menggunakan aplikasi tersebut atas tujuan mencari pasangan terutamanya lelaki muda.

"Pada mulanya, saya hanya ingin tahu dan tertanya-tanya. Bolehkah saya mencari seseorang menerusi aplikasi dating.

Untitled design (5)

Elena mengakui mahu lelaki bertubuh sasa.

"Saya menetapkan umur kepada 35 hingga 40 tahun," katanya menerusi sesi siaran langsung di YouTube bersama pelakon Carlo Ng.

Dalam pada itu, Elena juga memberitahu bahawa dia lebih tertarik kepada lelaki berotot kerana ia menggambarkan mereka mengamalkan gaya hidup sihat.

"Sudah tentu saya suka lelaki berotot! Saya perlukan lelaki yang boleh menyegarkan saya, memberi tenaga baharu dan permulaan yang baharu," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Janda jatuh hati dengan duda 10 tahun lebih muda, tapi dilema nak nikah! Orangnya jenis dengar kata cuma baran, gaji kecil

ARTIKEL BERKAITAN: Kerap kongsi foto bersama di laman sosial, rakan baik sangkal kekasih baharu Alif Hadi - “Ibunya suruh cari wanita lebih muda”

Sementara itu, Elena berkata dia menerima berpuluh mesej setiap hari selepas tular laporan dia menggunakan aplikasi temu janji itu.

"Ada yang menghantar mesej kepada saya seperti ini... Saya 40 tahun dan sangat cergas, saya akan memberikan anda malam yang tak terlupakan," cerita.

Untuk rekod, Elena tidak menjalinkan hubungan sejak berpisah dengan suaminya iaitu Ng Kwan Cheung pada 2018.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain