suria

Difitnah lakukan aksi ghairah dengan penari, Kim Junsu seret pemfitnah ke muka pengadilan

Rata-rata peminat menyokong tindakan yang bakal diambil Junsu terhadap pemfitnah tersebut.

SUSULAN video aksi ghairah penyanyi Kim Junsu tular, syarikat pengurusannya iaitu Palm Tree Island akan mengambil tindakan undang-undang.

Palm Tree Island dalam satu kenyataan memaklumkan tindakan itu dibuat bagi membersihkan nama Junsu selepas dakwaan dibuat bersifat jahat dan fitnah melampau.

"Fitnah berniat jahat, siaran fitnah dan penyebaran khabar angin tidak berasas dianggap sebagai tindakan jenayah yang jelas.

Copy of Untitled (29)

Junsoo bersedia mengambil tindakan undang-undang.

"Kami akan mengambil tindakan sivil dan jenayah yang tegas tanpa sebarang penyelesaian atau kelonggaran," katanya.

Palm Tree Island berkongsi perkara itu menerusi hantaran di platform X.

Sebelum ini, tersebar rakaman video memaparkan seorang lelaki mirip Junsu atau Kim Jun Su, 38, melakukan aksi ghairah dengan seorang penari ketika berada di atas pentas.

Sementara itu, rata-rata peminat memberi sokongan kepada Junsu meskipun terdapat segilintir mempercayai fitnah itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas terima ugutan, video aksi ghairah Kim Junsu pula tersebar

ARTIKEL BERKAITAN: Kim Junsu tamat latihan tentera selepas setahun sembilan bulan berkhidmat

Ada juga yang mengharap individu yang terlibat akan menerima balasan yang setimpal di mahkamah.

"Palm Tree terbaik! Saya akan sentiasa memberi sokongan dan jangan mengalah.

"Tolong beri hukuman setimpal kepada siapa yang melakukan fitnah itu tanpa berfikir panjang," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain