suria

Tak penuhi kriteria sebagai pekerja, kes buli terhadap New Jeans disifatkan sebagai isu peribadi 

Insiden menimpa Hanni tidak boleh diklasifikasikan sebagai gangguan ditempat kerja.

TIDAK wujud sebarang isu buli atau diabaikan oleh syarikat pengurusan Hybe terhadap artis mereka yang juga anggota kumpulan New Jeans iaitu Hanni.

Kementerian Tenaga Kerja Korea Selatan berkata, insiden menimpa Hanni tidak boleh diklasifikasikan sebagai gangguan ditempat kerja seperti didakwa penyanyi itu sebelum ini.

Ini kerana Hanni atau Pham Hanni tidak memenuhi kriteria sebagai seorang pekerja di bawah Akta Piawaian Buruh negara berkenaan.

Copy of Untitled (27)

Konflik di antara Hanni bersama pekerja agensi bersifat peribadi.

"Hanni tidak boleh dianggap sebagai pekerja kerana kedudukannya tidak berada dalam hubungan subordinat untuk menerima gaji.

"Jadi tidak timbul isu tentang dia dibuli seperti mana dakwanya sebelum ini," kata wakil kementerian berkenaan.

Dalam pada itu, konflik di antara Hanni dan pekerja agensi berkenaan dianggap pergaduhan bersifat peribadi dan tiada kaitan dengan urusan profesional.

ARTIKEL BERKAITAN: Hanni menangis jadi mangsa buli, percaya syarikat pengurusan benci NewJeans

ARTIKEL BERKAITAN: Hanni NewJeans terfikir kahwin muda, ikut jejak langkah ibu bapa

Sebelum ini Hanni mendakwa New Jeans menerima layanan buruk daripada Hybe ketika tampil sebagai saksi di hadapan Jawatankuasa Alam Sekitar dan Buruh di Perhimpunan Kebangsaan (EUL) di Seoul.

Susulan pendedahan itu, peminat meluahkan kemarahan mereka sehingga ada bertindak memfailkan petisyen kepada kementerian bagi mendesak siasatan dilakukan.

Selain Hanni, New Jeans turut dianggotai empat lagi anggota iaitu Minji, Danielle, Haerin dan Hyein.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain