suria

Jefri Nichol kena kecam lagi! Kali ini mengaku ambil makanan haram

Pendedahan Jefri buatkan netizen marah dengannya.

SELEPAS mencipta kontroversi mengakui sudah meniduri lebih 20 wanita, pelakon Indonesia Jefri Nichol kembali menerima pelbagai kecaman oleh warganet.

Ini selepas, Jefri, 25, secara terbuka mendedahkan dia menambah berat badan dengan banyak memakan daging termasuklah khinzir.

"Saya kebanyakannya makan daging. Ada beberapa kali (makan) daging babi," katanya dalam satu temubual bersama Vindes yang kembali tular di TikTok.

Jefri 2

Sebagai seorang Muslim, tindakan Jefri itu adalah salah di sisi agama.

Kemudian, pengacara rancangan dikenali Desta secara melulu menganggap Jefri bukan seorang Muslim namun pelakon tersebut menafikannya.

"Saya Muslim," ujarnya sebelum Desta menasihati supaya Jefri tidak mengulangi perkara sama lagi.

Pendedahan itu membuatkan netizen berasa kurang senang dan menganggap Jefri sebagai seorang yang tidak sensitif dan menjaga nama baik agama Islam.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak malu dedah hal hubungan intim, pengakuan berani Jefri Nichol ini mengejutkan peminat

ARTIKEL BERKAITAN: Jefri Nichol dipanggil polis, jadi saksi kes pergaduhan

Untuk info, Jefri sebelum ini tidak berselindung dan tanpa segan silu memberitahu dia pernah tidur dengan lebih 20 orang wanita.

Sebagai peringatan bersama, hukum memakan daging babi dengan sengaja adalah haram di sisi agama Islam berdasarkan dalil-dalil yang terdapat di dalam al-Quran dan hadis.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain