PELAKON dan pengarah Baim Wong menegaskan dia tidak pernah menghalang isterinya iaitu Paula Verhoeven bertemu dua anak mereka walaupun kini tidak lagi tinggal sebumbung. Bagi Baim, 43, meskipun perkahwinan mereka kini sedang berdepan ujian namun itu bukan alasan dia memisahkan hubungan antara ibu dan anak-anaknya. Dalam masa sama aktor ini juga meluahkan rasa kecewa apabila timbul dakwaan tidak benar tentang dirinya. Baim menjawab baik setiap pertanyaan media ketika di mahkamah. "Bila-bila masa mahu berjumpa, ambil atau tidur bersama semestinya boleh. Harus bertanya kepada anak-anaknya. Saya tidak pernah melarang. "Tak mungkin saya mahu menghalang malah rasa senang kalau mereka berjumpa. Paula adalah ibu kepada anak-anak kami. "Saya sendiri bingung dengan cerita yang tersebar," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Prosiding cerai Baim Wong diteruskan, kali ini bawa 43 bahan bukti menyokong dakwaan Paula curang ARTIKEL BERKAITAN: [V] Baim Wong masih berhubung dengan isteri, kejujuran ‘kunci’ hala tuju rumah tangga dengan Paula Verheoven Baim menjelaskan perkara itu ketika ditemui pemberita di Mahkamah Agama Jakarta Selatan bagi perbicaraan kes cerai mereka. Sedia berdepan dengan sebarang kemungkinan, aktor ini selesa mendedahkan segala masalah di hadapan hakim selepas memfailkan cerai pada 7 Oktober lalu. "Saya mahu datang dalam setiap perbicaraan supaya saya tahu segala cerita. Baim tenang ketika berdepan isu rumah tangga. "Hakim membiarkan saya bercakap tanpa dipotong. Ini amat menyenangkan kerana saya boleh menceritakan semuanya," jelasnya. Paula bagaimanapun tidak hadir pada perbicaraan yang berlangsung pada Rabu. Baim dan Paula mendirikan rumah tangga pada November 2018 dan mereka memiliki dua orang cahaya mata iaitu Kiano, 3, dan Kenzo, 2 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!