TINDAKAN pelakon Indonesia Jennifer Coppen memakai baju tanpa lengan mengundang kecaman dalam kalangan pengikutnya di media sosial. Ini kerana ramai berasa terganggu dengan ketiak Jennifer atau Jennifer Rochelle Coppen, 23, yang kelihatan hitam yang tidak kena dengan warna kulitnya yang cerah. Ramai mengutuk pelakon itu tidak pandai menjaga kebersihan sehingga menyebabkan ketiaknya berwarna hitam. Jennifer mempunyai seorang anak perempuan iaitu Kamari Sky Wassink. Malah ada pula memerli Jennifer tidak memakai deodoran dan bau badannya busuk berdasarkan warna ketiaknya. Tidak berdiam diri dengan penghinaan itu, Jennifer sebaliknya menjelaskan perubahan hormon ketika mengandung dan selepas bersalin punca ketiaknya bertukar menjadi gelap. ARTIKEL BERKAITAN: Abu mayat suami dijadikan loket, Jennifer Coppen belum terima hakikat Dali Wassink sudah tiada ARTIKEL BERKAITAN: Tak lagi nampak macam ‘hantu’, Donatella Versace tayang wajah baharu "Saya mengalami perubahan hormon. Kalau belum ada anak, belum pernah mengandung dan bersalin, lebih baik anda diam. "Jangan kurang ajar! Kamu semua tiada kerja penting ke sampai nak sibuk tentang ketiak saya?," katanya. Jennifer menjelaskan perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok miliknya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!