suria

Tak lagi nampak macam ‘hantu’, Donatella Versace tayang wajah baharu

Ramai kagum melihat wajah terbaharu Donatella.

PENAMPILAN pereka fesyen Donatella Versace sekali lagi mencuri tumpuan ramai yang terkejut melihat perubahan ketara pada bahagian wajahnya.

Selepas dikritik gara-gara melakukan pembedahan kosmetik sehingga mencacatkan wajahnya, Donatella, 69, mula mendapat pujian apabila muncul dengan penampilan segar dan berseri.

Ramai yang menganggap prosedur dibuat kali ini benar-benar menampakkan hasil.

donatella 2

Penampilan Donatella sering menjadi tumpuan ramai.

Donatella mencuri perhatian ramai ketika hadir memberi sokongan pada acara pembukaan malam gala Devil Wears Prada Musical di London baru-baru ini.

Bukan hanya wajah, busana digayakan turut mendapat pujian kerana berani menggayakan busana warna emas yang menampakkan pakaian dalamnya.

Namun di sebalik pujian ada juga yang membuat tanggapan Donatella menyunting dahulu setiap gambar yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai ingat Meghan Trainor sombong, rupanya susah senyum sebab suntikan botoks

ARTIKEL BERKAITAN: Alami masalah tulang belakang, Justin Timberlake batal konsert atas nasihat doktor

Menerusi beberapa keping gambar bidikan jurugambar, jelas kelihatan kedutan pada wajahnya dan ia tidak sama seperti yang dikongsi.

Tahun lalu, wajah pereka fesyen asal Itali ini pernah menjadi perbualan hangat kerana nampak berbeza selepas melakukan pembedahan.

Ramai yang melabelkan Donatella seperti hantu disebabkan terlalu kurus.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain