BEKAS ahli kumpulan EXO, Tao mengumumkan dirinya sudah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya iaitu Xu Yiyang. Toa, 31, berkongsi khabar gembira itu menerusi akaun Weibo dengan memuat naik sijil perkahwinan mereka. "Matlamat tercapai. Saya bercinta dengan harapan untuk berkahwin," katanya ringkas. Tao kongsi khabar gembira di media sosialnya. Memetik laporan Allkpop, pasangan berkenaan dikatakan berkahwin di China bagaimanapun tidak dapat dipastikan tarikhnya. Untuk rekod, pasangan ini mula mendedahkan hubungan mereka kepada umum pada Julai lalu dan mengikat tali pertunangan pada Ogos. Tao dan isteri berbeza usia 4 tahun. ARTIKEL BERKAITAN: Tinggalkan EXO, Tao Buka Agensi Pengurusan Di China ARTIKEL BERKAITAN: Tao (EXO) Bersikap Tidak Sopan Pada Majlis Pertunjukan Fesyen Tao memulakan kerjaya sebagai ahli EXO pada 2012 namun meninggalkan kumpulan berkenaan pada 2015. Dia bagaimanapun aktif di China bersama isterinya yang juga bekas pelatih di bawah SM Entertainment. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!