PELAKON Baim Wong berkongsi khabar sedih mengenai keadaan bapanya yang kini dirawat di hospital akibat masalah kesihatan. Menerusi hantaran di Instagram, Baim berjanji untuk menemani dan tidak akan membiarkan bapanya iaitu Johny Wong bersendirian di hospital. "Selalu masa kecil, minta papa doakan saya setiap kali pergi sekolah. Baim pulang dulu pa, esok saya datang lagi," katanya. Bapa Baim dirawat di hospital kerana akibat masalah kesihatan. Berserta kapsyen, Baim turut memuat naik foto memperlihatkan bapanya mengusap kepalanya itu. Perkongsian berkenaan bagaimanapun mengundang kata-kata jahat netizen sehingga ada mendakwa Baim sengaja cuba menagih simpati orang ramai. Malah ada yang menganggap kesakitan dialami Johny sebagai balasan perbuatan jahat Baim terhadap isterinya iaitu Paula Verhoeven. ARTIKEL BERKAITAN: Sukar berdepan isu penceraian, Paula tetap bersyukur bertemu jodoh dengan Baim Wong... Mula jaga solat dan belajar agama ARTIKEL BERKAITAN: [V] Baim Wong masih berhubung dengan isteri, kejujuran ‘kunci’ hala tuju rumah tangga dengan Paula Verheoven "Dia memang terpaling play victim, pura-pura baik sengaja nak orang simpati dengan dia! "Disebabkan dosa kamu pada Paula dan anak-anak, ayah kamu yang terpaksa menanggung kesakitan sebagai balasan. "Pakcik, tolonglah ruqyah anak pakcik itu. Dah melampau betul dia tindas isteri dia," komen netizen. Baim semakin mendapat perhatian susulan memfailkan cerai terhadap isteri. Kisah perkahwinan Baim mula menjadi bualan hangat selepas dia memfailkan cerai terhadap Paula pada 7 Oktober lalu. Baim mendakwa keretakan rumah tangga mereka berpunca daripada pelakuan curang Paula di belakangnya. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada November 2018 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Kiano, 3 dan Kenco yang kini berusia dua tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!