SELEPAS teruk dikecam susulan memakai baju memaparkan kalimah Allah dan Muhammad, anggota kumpulan Kep1er iaitu Yujin tampil membuat permohonan maaf secara terbuka. Menerusi kenyataan dikeluarkan pihak pengurusannya iaitu KLAP Entertaiment, Yujin mengakui kesilapannya dan telah bertindak memadam foto tersebut daripada semua platform media sosial. "Saya mengakui kesilapan dan mengambil tindakan memadam semua gambar yang memaparkan baju tersebut daripada media sosial. Yujin berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama. "Saya memohon maaf atas kekecohan dan ketegangan yang dicetuskan oleh kecuaian saya sendiri," katanya. Yujin berkongsi kenyataan itu menerusi hantaran di laman Bubble pada Ahad. Sedar insiden itu memberi kesan terhadap reputasi kumpulannya, Yujin berjanji untuk tidak mengulangi kesalahan sama pada masa akan datang. ARTIKEL BERKAITAN: Melampau pakai baju kalimah Allah, netizen lancar boikot desak Yujin (Kep1er) minta maaf ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar Malaysia kesal ahli BTS kongsi lagu Islamofobia! Lagi teruk ada peminat pertahan artis kesayangan, tak setuju disuruh mohon maaf "Sebagai kumpulan yang mempunyai peminat dari seluruh dunia, saya berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama pada masa akan datang," ujarnya. Sebelum ini, tindakan Yujin menggayakan baju tertera kalimah Allah, Muhammad dan imej Kaabah mengundang kemarahan netizen terutamanya penganut agama Islam. Susulan itu, mereka bertindak mendesak untuk memboikot penyanyi itu sekiranya gagal membuat permohonan maaf. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!