PENYANYI Justin Timberlake terpaksa membatalkan konsert Forget Tomorrow World Tour disebabkan mengalami kecederaan tulang belakang. Justin berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya memaklumkan konsert di Oklahoma City, Amerika Syarikat yang sepatutnya berlangsung pada 2 Disember ini terpaksa dibatalkan. Pembatalan tersebut dilakukan atas nasihat doktor yang bimbang dengan kecederaan dialaminya. Justin harap peminat tidak kecewa dengan khabar tersebut. "Saya minta maaf Oklahoma City... Saya terpaksa membatalkan persembahan pada 12 Disember 2024. Saya terpaksa berehat lebih lama atas nasihat doktor. "Terima kasih atas sokongan anda. Saya tahu ramai yang tidak gembira dengan khabar ini," katanya. Dia berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya, bagaimanapun ia dipadam tidak lama dimuat naik. ARTIKEL BERKAITAN: Lesen Justin Timberlake digantung 2 minggu selepas didakwa memandu dalam keadaan mabuk ARTIKEL BERKAITAN: Buat hal! Justin Timberlake ditahan polis Bagaimanapun, Justin tidak berkongsi lanjut mengenai kecederaan belakang yang dialaminya. Ini bukan kali pertama Justin memohon maaf atas pembatalan konsertnya. Pada Oktober lalu, Justin juga membatalkan konsert kerana kecederaan yang tidak dedahkan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!