TANPA berselindung pelakon Dwayne Johnson mendedahkan dia memakai sut badan untuk kelihatan lebih sasa ketika pengambaran filem Moana 2. Dwayne atau The Rock, 51, meluahkan rasa kagum dengan sut yang dihasilkan itu kerana kelihatan realistik dan nyata. "Sut itu mengambil masa yang lama untuk dipakai, tapi saya gembira ramai puji tubuh saya makin sasa. Maksudnya tiada seorang pun yang perasan," katanya. Dwayne memegang watak sebagai Maui dalam file Moana 2. Dalam pada itu, Dwayne mengakui terkejut apabila fotonya ketika menjalani pengambaran filem tersebut tular. Jelasnya, kru produksi telah melakukan pelbagai cara agar penampilannya dirahsiakan daripada umum namun tetap gagal. "Kami jalani pengambaran di luar kawasan dan bila gambar saya memaki sut itu tular, saya terkejut. ARTIKEL BERKAITAN: Panas baran, maki hamun kru... YouTuber dedah sikap sebenar Jason Momoa di lokasi penggambaran ARTIKEL BERKAITAN: Tak kisah dianggap pengotor, The Rock mengaku kencing dalam botol "Alamak, dah terkantoi walaupun kami usaha letakkan dinding tinggi dekat ruang persalinan saya. "Paparazi berjaya juga tangkap gambar saya sampai ada yang sanggup naik bot. Apa pun saya gembira orang lain suka penampilan saya," ujarnya. Dwayne memagang watak sebagai Maui dalam filem Moana 2 yang bakal ditayangkan pada 2026 nanti. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!