BEKAS pemain dram My Chemical Romance (MCR), Bob Bryar, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Tennessee, Amerika Syarikat pada Sabtu. Memetik laporan Daily Mail, mayat Bryar, 44, ditemukan oleh pengawal haiwan yang datang ke rumahnya untuk mengambil dua ekor anjing. Namun mereka menemui mayat mendiang dalam keadaan sudah mereput. Punca kematian Bryar masih dalam siasatan. Polis mengesahkan tiada unsur jenayah memandangkan segala peralatan muzik dan barangan di dalam rumahnya masih dalam keadaan baik. Punca kematian bagaimanapun masih lagi dalam siasatan. Mendiang dikhabarkan dilihat buat kali terakhir pada 4 November lalu menerusi sebuah hantaran di laman X. Sehingga kini belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada MCR tentang pemergian bekas anggota mereka. ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 12 Tahun, My Chemical Romance Berpecah ARTIKEL BERKAITAN: Cinta Laura tolak pelawaan The Weeknd di kelab malam, bimbang ada niat tidak baik Bryar adalah pemain dram paling lama bersama MCR dan menjadi anggota kumpulan itu sejak 2004 menggantikan Matt Pelissier. Dia bagaimanapun mengumumkan pengunduran daripada kumpulan itu pada 2010 dan bersara dalam bidang muzik pada 2014. Keputusan itu dibuat kerana dirinya mahu menceburi bidang hartanah dan penyelamat haiwan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!