suria

Cinta Laura tolak pelawaan The Weeknd di kelab malam, bimbang ada niat tidak baik

Laura tidak mahu terjebak dengan pelawaan The Weeknd (kanan) di kelab malam.

PELAKON Cinta Laura mendedahkan pernah menolak pelawaan penyanyi The Weeknd untuk duduk bersama sewaktu bertemu di sebuah kelab malam di Los Angeles, Amerika Syarikat beberapa tahun lalu.

Menerusi satu temu bual di podcast Kemal Palevi, Laura atau Cinta Laura Kiehl, 31, memberitahu pada ketika itu dia sedang bersama rakan-rakannya di sebuah kelab malam untuk menikmati muzik di lantai dansa.

Kata Laura, dia terpaksa menolak pelawaan penyanyi berkenaan kerana bimbang sekiranya The Weeknd mempunyai niat buruk terhadapnya seperti memberikan dadah dan memaksa melakukan perbuatan tidak baik.

laura - 1

Laura enggan dilabel sebagai perempuan tidak baik.

"The Weeknd melihat aku, jarak kami mungkin tidak sampai dua meter. Lalu dia (The Weeknd) menyuruh pengawal peribadinya mengajak aku ke mejanya.

"Siapa tahu mungkin jika aku pergi ke mejanya, dia akan merayu kepadaku. Mungkin juga dari situ dia memberi dadah dan memaksa aku untuk melakukan sesuatu," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Cinta Laura ditawar sertai kerajaan Indonesia, tolak bergelar menteri elak jadi ‘patung’

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai ‘sakit mata’ tengok Cinta Laura buat tarian tiang, netizen gelar aksi seperti pelacur

Dalam pada itu, pelakon drama Upik Abu dan Laura ini memberitahu dia terpaksa menolak pelawaan itu kerana mahu menjaga harga diri dan enggan dilabel sebagai wanita tidak baik.

"Tapi kerana aku mempunyai pendirian dan memiliki nilai sebagai manusia, akhirnya aku dapat merasa sesuatu perkara yang tidak baik.

"Sekiranya aku bersetuju untuk duduk lepak sekali dengannya di kelab malam, mungkin dia (The Weeknd) akan menganggap aku gadis yang tidak baik," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain