suria

Anak P. Diddy kena ‘blacklist’ daripada sewa rumah, didakwa sering buat parti dan langgar peraturan

Justin (kiri) disenarai hitam dari menyewa rumah agam.

ANAK kepada P. Diddy iaitu Justin Combs disenarai hitam oleh beberapa pemilik rumah agam di Los Angeles, California.

Menurut laporan, Justin atau Justin Dior Combs, 31, telah membuat kerosakan besar pada hartanah yang disewa dengan mengadakan majlis parti.

Anak kepada penyanyi hip hop itu turut didakwa sering menipu jumlah tetamu dan melanggar peraturan rumah menyebabkan ramai pemilik rumah enggan berurusan dengannya lagi.

Untitled design (9)

Justin hutang RM 843,600 ribu pada Porsche Leasing LTD.

"Saya bekerja dengan syarikat rumah yang disewakan kepada Justin.

"Justin berkata dia akan membawa 20 orang sahaja ke dalam rumah, tetapi akan ada 200 orang dan mereka akan merosakkan rumah itu," kata sumber.

ARTIKEL BERKAITAN: Terbayang senyuman menakutkan... Seorang lagi lelaki tampil buat laporan terhadap P. Diddy

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada lagi parti mewah, P. Diddy cuma diberi hidangan biasa sambut ‘birthday’ dalam penjara

Peguam Justin iaitu Jeffrey Licthman bagaimanapun menegaskan anak guamnya tidak pernah didakwa dalam melakukan jenayah dan menyangkal dakwaan salah laku itu.

"Justin tidak didakwa melakukan jenayah atau disaman secara sivil mengenai mana-mana tuduhan ini kerana dia tidak melakukan kesalahan," katanya.

Dalam perkembangan lain, peniaga kereta jenama Porsche memfailkan tuntutan mahkamah berjumlah ASD190,000 (RM 843,600) ke atas bil yang belum dibayar terhadap Justin.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain