suria

Go Hyun Jung menyesal tak usaha jumpa anak-anak, setiap hari menangis sampai hati rasa ‘kosong’

Hyun Jung rasa dirinya sebagai ibu yang tidak bertanggungjawab.

PELAKON Go Hyun Jung kesal apabila tidak pernah berusaha berjumpa dan meluangkan masa dengan dua orang anak-anaknya.

Hyun Jung, 53, berkata, perasaan sedih yang dirasainya itu sangat menyakitkan sehingga hatinya berasa kosong.

"Ramai orang tertanya-tanya sama ada saya dapat berjumpa dengan anak-anak saya.

NP (41)

Hyun Jung rasa sedih apabila makin jauh daripada anak-anaknya.

“Saya tidak pernah tinggal bersama mereka jadi saya berasa segan dan terasing apabila berada di samping mereka.

"Saya tidak pernah menyedari betapa remuknya hati saya apabila tidak berpeluang bersama mereka.

“Perasaan kehilangan itu sudah tidak boleh diisi dan ia menyakitkan,” ujarnya.

Hyun Jung berkongsi rasa sedih itu menerusi rancangan bual bicara You Quiz on the Block pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Go Hyun Jung Pelakon TV Dengan Bayaran Tertinggi

ARTIKEL BERKAITAN:Brooke Shields sedih anak-anak sudah membesar, mula bawa haluan sendiri

Bercerita lanjut, Hyun Jung menyifatkan dirinya sebagai seorang ibu yang tidak bertanggungjawab.

Malah dedah aktres itu, setiap hari dia menangis namun perkara itu tidak diketahui sesiapa pun.

“Saya merasakan seperti saya ini seorang yang sangat tidak bertanggungjawab.

"Saya fikir saya sudah memberikan segala-galanya, tetapi saya menyedari terdapat kebocoran dalam hidup saya.

NP (42)

Hyun Jung anggap dirinya sebagai ibu tidak bertanggungjawab.

"Saya sentiasa menangis tetapi tidak boleh lakukannya dihadapan orang lain,” katanya.

Untuk rekod, Hyun Jung berkahwin dengan Chung Yong Jin yang merupakan pengerusi syarikat Shinsegae pada 1995 namun bercerai pada 2003.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Chung Hae Chan, 28, dan Chung Hae In, 24.

Selepas bercerai, Hyun Jung kehilangan hak penjagaan anak-anaknya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain