suria

Wanita fitnah IU dipenjara 4 bulan, beri alasan hidap masalah mental ketika tulis komen

Wanita terbabit manjadikan alasan penyakit mental punca dia menulis komen jahat terhadap IU.

TINDAKAN seorang netizen menulis komen berbaur fitnah terhadap penyanyi IU akhirnya membawa padah apabila dia dijatuhi hukuman penjara empat bulan.

Mengaku bersalah atas kesalahan yang dibuat, wanita terbabit bagaimanapun memohon hukuman diringankan atas alasan menghidapi masalah mental.

Jelasnya, dia cenderung menulis komen jahat di media sosial sejak mengalami penyakit berkenaan.

Copy of Untitled (93)

IU tidak akan berkrompomi terhadap pihak yang memfitnahnya di media sosial.

"Saya hanya meluahkan pandangan peribadi, saya ada sakit mental yang menjejaskan penulisan saya dalam hantaran itu.

"Jadi saya mohon hukuman saya diringankan," katanya ketika perbicraan.

Mahkamah Seoul Tengah membuat keputusan tersebut pada Selasa lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Park Seo Jon tak main-main, heret netizen ke mahkamah atas kesalahan fitnah

ARTIKEL BERKAITAN: IU saman 180 individu termasuk bekas rakan sekelas atas dakwaan buli siber

Ia susulan tindakannya menulis lebih 30 komen menghina IU selain menyebarkan maklumat palsu mengenai penyanyi itu di beberapa platform media sosial.

Sebelum ini, IU merupakan antara selebriti yang berpendirian tegas menyaman netizen yang menyebarkan kata-kata jahat terhadapnya sejak 2013.

Menurut syarikat pengurusannya iaitu EDAM Entertaiment, sebnanyak 180 individu tidak mengira usia telah pun dikenakan tindakan undang-undang sehingga ada yang dihantar ke pusat bimbingan akhlak atau juvana.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain