SELEPAS sebulan siasatan, pihak berkuasa menemui petunjuk baharu berhubung insiden kematian mendiang Liam Payne di sebuah hotel di Buenos Aires, Argentina pada 16 Oktober lalu. TMZ melaporkan Liam didakwa cuba membebaskan diri daripada bilik hotel didiaminya sebelum maut akibat terjatuh dari tingkat tiga. Menerusi rakaman litar tertutup CCTV, Liam dilihat dibawa oleh tiga orang pekerja hotel ke dalam biliknya sebelum ditinggalkan bersedirian. Kematian Liam masih menjadi tanda tanya. Ketika kejadian, Liam dikatakan bergelut dengan pekerja hotel berkenaan kerana enggan masuk ke dalam bilik sehingga memaksa mereka menguncinya daripada luar. Penyanyi itu turut menggugut untuk melepaskan diri melalui balkoni, namun ugutan berkenaan tidak dihiraukan pekerja tersebut. Bukan itu sahaja, cermin kaca pada dinding dilaporkan dibawa keluar kerana bimbang ia dipecahkan penyanyi tersebut. Beberapa minit kemudian, pekerja hotel berkenaan bertindak menghubungi talian kecemasan kerana bimbang penyanyi itu akan menyakiti dirinya sendiri. ARTIKEL BERKAITAN: Mendiang Liam Payne selamat dikebumikan, bekas anggota One Direction berkumpul beri penghormatan terakhir ARTIKEL BERKAITAN: Liam Payne ambil pelbagai jenis dadah sebelum maut "Saya tak tahu sama ada dia dalam bahaya atau tidak. Dia dalam bilik yang ada balkoni dan kami takut sebarang kemungkinan berlaku," lapor salah seorang pekerja hotel. Teori berkenaan dikuatkan selepas pihak polis menemui bag milik penyanyi itu di balkoni tingkat dua selepas kejadian. Punca kematian Liam bagaimanapun belum disahkan lagi namun pihak polis tidak menolak ada kaitan dengan dadah dan minuman alkohol. Liam disemadikan di sebuah tanah perkuburan di Amersham, Buckinghamshire dekat London pada 20 November lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!