suria

Insiden hampir disambar api buat Rian D'Masiv trauma, ada rasa takut setiap kali buat persembahan

Rian masih ada rasa takut setiap kali melihat api.

MASIH dihantui detik cemas wajahnya disambar api, vokalis kumpulan D'Masiv iaitu Rian berdepan trauma teruk susulan insiden berkenaan.

Rian, 38, berkata, dia tidak boleh lagi beraksi selincah dahulu malah berasa takut setiap kali melihat percikan api di atas pentas.

"Jika ada percikan api sedikit pun saya terus jadi takut nak bergerak apatah lagi berdiri dekat dengan api.

2901634

Rian terus bersemuka dengan pihak penganjur selepas persemabahan tersebut.

"Nasib baik ketika itu saya memakai baju jaket kulit, jadi tak rasa pedih sangat ketika disambar api," katanya.

Pada September lalu, Rian berdepan detik cemas apabila hampir terkena semburan api ketika sedang asyik membuat persembahan di sebuah festival muzik dekat Bangka Belitung, Indonesia.

Dalam pada itu, Rian memberitahu sudah bersemuka dengan penganjur festival berkenaan dan meminta mereka bertanggungjawab atas insiden tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Rian D'Masiv hampir terkena api di atas pentas, mata pedih tapi tetap ‘perform’ 10 lagu

ARTIKEL BERKAITAN: D'Masiv tak mungkin berpecah, 21 tahun masih kekal bersama anggota asal... Sanggup kongsi nasi bungkus berlima

Ini kerana kata Rian, pihak penganjur gagal menjaga keselamatan penyanyi dan pemuzik lain yang berada di atas pentas.

"Selepas persembahan selesai, kami terus memanggil semua kru yang bertanggungjawan ke belakang pentas.

"Saya mengamuk dan minta mereka berhati-hati supaya apa yang terjadi kepada saya tidak berulang terhadap artis lain," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain