suria

Tak cukup rukun ijab kabul, Rizky Febian dan Mahalini diminta nikah semula

Rizky dan Mahalini bernikah pada 5 Mei lalu.

PEJABAT Agama Jakarta Selatan, Indonesia pada Isnin menolak permohonan pengesahan pernikahan pasangan penyanyi Rizky Febian dan Mahalini.

Suara melaporkan permohonan tersebut ditolak selepas pernikahan mereka didapati tidak sempurna dari segi rukun nikah ditetapkan dalam agama Islam.

Susulan itu, pasangan berkenaan diminta melangsungkan semula pernikahan mereka bagi memastikan ia sah mengikut hukum syarak dan rukun ijab dan kabul.

Pernikahan Rizky dan Mahalini dianggap tidak menyempurnakan rukun nikah.

Pernikahan Rizky dan Mahalini dianggap tidak menyempurnakan rukun nikah.

"Permohonan mereka secara automatik ditolak kerana pernikahan itu tidak memenuhi salah satu rukun nikah.

"Bagi memastikan pernikahan tersebut sah di sisi agama dan undang-undang, mereka disarankan untuk bernikah semula mengikut semua hukum dan rukun ijab dan kabul," kata wakil pejabat agama berkenaan.

Dalam pada itu, wakil tersebut menjelaskan masalah wali menjadi punca pernikahan pasangan tersebut tidak sah di sisi agama.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah 5 bulan nikah tapi Rizky Febian dan Mahalini belum daftar perkahwinan

ARTIKEL BERKAITAN: Masuk hospital disebabkan keletihan, netizen yakin Mahalini sedang hamil anak pertama

Ia berikutan, Mahalini yang juga seorang mualaf menggunakan seorang ustaz sebagai wali yang bertentangan dengan rukun nikah.

"Selepas Mahalini memeluk Islam, bapa kandungnya tidak boleh bergelar wali kerana tidak beragama Islam.

"Ketika pemeriksaan dilakukan, seorang ustaz bertindak sebagai Wali kepada Mahalini dan menikahkan mereka.

"Bagaimanapun ustaz berkenaan tidak termasuk dalam kriteria iaitu bukan wali nasab atau wali hakim yang sesuai mengikut undang-undang dan rukun nikah di dalam Islam," jelasnya.

Sebaliknya, Mahalini sepatutnya merujuk isu berkaitan wali ke pejabat agama sebelum melangsungkan pernikahan bagi membolehkan wali hakim dilantik untuknya.

Rizky dan Mahalini dicadangkan untuk bernikah semula.

Rizky dan Mahalini dicadangkan untuk bernikah semula.

Pada 31 Oktober lalu, pegawai Mahkamah Syariah Jakarta Selatan, Indonesia mendedahkan perkahwinan Rizky dan Mahalini masih belum didaftarkan.

Difahamkan, Rizky dan Mahalini baharu menghantar permohonan pengesahan pernikahan mereka pada 10 Oktober lalu.

Untuk rekod, Mahalini dan Rizky Febian mendirikan rumah tangga pada 5 Mei lalu di Hotel Raffles, Jakarta, Indonesia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain