suria

Jung Woo Sung mengaku bapa kepada anak Moon Ga Bi, syarikat pengurusan tampil beri penjelasan!

Jung Woo mengakui dia adalah bapa kandung kepada anak Ga Bi.

DUNIA hiburan Korea Selatan kecoh apabila pelakon Jung Woo Sung mendedahkan dia adalah bapa kandung kepada anak model, Moon Ga Bi.

Menurut syarikat pengurusan Jung Woo iaitu Artist Company, Jung Wong Sung, 51, dilaporkan sudah berjumpa dengan Ga Bi untuk melakukan perbincangan mengenai anak mereka itu.

"Anak yang didedahkan oleh Moon Ga Bi di akaun media sosialnya adalah anak kandung kepada pelakon Jung Woo Sung.

Untitled design (31)

Ga Bi dedah kehamilannya menerusi hantaran di Instagram pada Sabtu.

"Kami sedang berbincang mengenai cara terbaik untuk membesarkan anak tersebut dan beliau akan melakukan yang terbaik sebagai seorang bapa," katanya menerusi Xport News pada Ahad

Ga Bi dan Jung Woo dilaporkan mulai rapat pada tahun 2022, namun tidak pernah menjalinkan hubungan secara rasmi.

Jung Woo bagaimanapun menolak untuk berkahwin bersama Ga Bi meskipun wanita itu mahukan perkahwinan untuk kesejahteraan anak mereka.

Sementara itu, rata-rata peminat menunjukkan reaksi yang berbeza dan menganggap itu merupakan hal peribadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Umur dah masuk 50 tahun, Jung Woo Sung dedah punca belum kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Jung Woo Sung Paling Kacak!

Malah ada juga yang mengkritik Jung Woo sebagai lelaki yang tidak bertanggungjawab.

"Dia berusia pertengahan 30-an, tidak begitu muda lagi. Itu pilihan dia dan kenapa orang lain campur tangan?.

"Nampaknya seperti Jung Woo Sung tidak mahu bertanggungjwab ke atas Ga Bi," komen netizen.

Moon Ga Bi sebelum ini mendedahkan dia telah melahirkan seorang anak pada April lalu dan kini sudah berusia lapan bulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain