suria

Foto dalam bilik itu fitnah, Dewi Perssik tiada hubungan dengan ‘anak ikan’... Anggap diri seperti seorang ibu

Dewi nafi jalin hubungan.

PENYANYI Dewi Perssik menafikan dakwaan kononnya dia mempunyai hubungan dengan lelaki yang lebih muda daripada usianya.

Dewi Perssik atau Dewi Murya Agung, 38, memberitahu gambar dia dilihat berdua-duaan dengan lelaki di dalam bilik adalah fitnah semata-mata.

Dewi anggap dirinya seperti ibu.

Dewi belum mempunyai kekasih.

"Saya ada Facebook tapi tidak aktif. Jangan percaya kalau ada akaun yang guna nama saya dan akaun itu aktif.

"Itu team saya, anak didik saya, saya dah anggap team saya macam keluarga saya sendiri," katanya menerusi satu hantaran di media sosial.

Dalam pada itu, Dewi juga menegaskan lelaki berkenaan bukanlah teman lelakinya, sebaliknya sudah dianggap seperti seorang anak.

ARTIKEL BERKAITAN : Tersebar berita dicekup polis sebab dadah, Dewi Perssik cari pengguna TikTok fitnahnya

ARTIKEL BERKAITAN : Dewi Perssik tunjuk bukti masih subur, balas tuduhan mandul

“Dia bukan anak ikan saya, dia team saya. Dia tak suka dengan mak-mak, dia suka gadis-gadis, saya ini mak dia.

“Sudahlah, saya tak ada anak ikan, saya tidak ada teman lelaki, kalau ada nanti saya beritahu siapa teman lelaki saya yang sebenar,” ujarnya.

Untuk Rekod Dewi pernah menjalinkan pertunangan dengan seorang juruterbang, namun hubungan mereka berakhir pada Oktober lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain