SELEPAS pelbagai dakwaan dan aib didedahkan, isteri kepada Baim Wong iaitu Paula Verhoven memilih untuk kekal tenang dan berserah kepada Tuhan. Paula atau Paula Verhoeven, 37, bagaimanapun berkata dia tidak akan melakukan perkara yang sama terhadap Baim. "Ya, ujian ini adalah cara Allah SWT mahu kita mendekatkan diri kepada-Nya. Mahu melihat bagaimana kita bertindak balas. Paula dikatakan sering ke kelas agama. "Pada tahap ini, saya cuma berserah kepada Allah SWT," katanya. Paula berkongsi perkara itu menerusi sebuah program mengenai agama di Bekasi, Jawa Barat, Indonesia pada Ahad. Dalam pada itu, Paula meluahkan rasa syukur dan mempelajari tentang kehebatan Allah SWT menerusi ujian yang dihadapinya. Ibu kepada dua orang anak itu juga memberitahu bahawa dia meyakini Allah SWT akan sentiasa berada di sisi hamba yang ditimpa musibah. Paula berusaha mendapatkan hak penjagaan anak-anaknya. "Alhamdulillah dengan ujian ini, saya telah belajar banyak tentang agama. "Saya menjadi lebih yakin bahawa Allah SWT itu maha besar dan sentiasa berada di sekeliling kita," ujarnya. Sementara itu, rata-rata peminat memuji tindakan Paula yang dilihat lebih aktif mengikuti kelas agama. Malah ada juga yang memuji tindakan Paula menutup aib suaminya itu. ARTIKEL BERKAITAN: Prosiding cerai Baim Wong diteruskan, kali ini bawa 43 bahan bukti menyokong dakwaan Paula curang ARTIKEL BERKAITAN: Paula tak jawab panggilan telefon dijadikan content, netizen minta Baim Wong henti burukkan isteri "Bagus sangat dia ini. Dia selalu pergi ke majlis agama sejak kesnya bersama Baim. "Walaupun difitnah, saya kagum dengan Paula kerana dia memilih untuk berdiam diri dan menutup aib suaminya," komen netizen. Untuk rekod, Paula dan Baim mendirikan rumah tangga pada November 2018 dan memfailkan cerai pada 8 Oktober lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Kiano, 3 dan Kenzo yang kini berusia 2 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!