suria

Paris Hilton sangkal pernah suntik botoks, kecantikan dimiliki semula jadi

Paris dedah tidak pernah mengambil suntikan botoks.

SELEBRITI terkenal Paris Hilton menyangka dakwaan pernah melakukan sebarang pembedahan plastik atau mengambil suntikan botoks bagi mengekalkan kecantikan wajahnya.

Paris atau Paris Whitney Hilton, 43, sebaliknya menjelaskan kecantikan dimilikinya adalah semula jadi dan hanya menjaganya secara konsisten sejak remaja.

“Saya sangat bangga kecantikan saya adalah semula jadi.

Untitled design (23)

Paris baru-baru ini menyambut ulang tahun kelahiran anak perempuannya London.

“Saya tak pernah suntik botoks apatah lagi menjalani sebarang pembedahan plastik,” katanya.

Paris berkongsi perkara itu menerusi temu bual bersama Zach Sang Show yang disiarkan Jumaat lalu.

Dalam pada itu, Paris memberitahu ibunya iaitu Kathy Hilton sering menasihatinya agar menjauhi paparan sinaran matahari sejak dia kecil.

ARTIKEL BERKAITAN: Paris Hilton umum dapat anak kedua, beri nama London

ARTIKEL BERKAITAN: Paris Hilton betul-betul hilang sabar! Bengang netizen ejek kepala anak

Malah kata ibu kepada dua cahaya mata ini, dia turut mengikuti rutin penjagaan kulit yang ketat dan masih mengamalkannya sehingga ke hari ini.

“Saya banyak ikut rutin yang diamalkan oleh ibu saya malah dia selalu larang saya berjemur di bawah sinaran matahari,” jelasnya.

Sementara tiu, Paris turut memiliki spa peribadi di rumah yang dikenali sebagai 'Sliving Spa' di mana lengkap dengan peralatan canggih untuk rawatan wajah.

Untitled design (24)

Paris memiliki Sliving Spa di rumahnya.

Spa ini membolehkan Paris dan keluarganya menikmati rawatan kecantikan profesional pada bila-bila masa di rumah.

Untuk rekod, Paris mendirikan rumah tangga dengan Carter Reum pada November 2021.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Phoenix Barron, 2, dan London Marilyn yang kini berusia setahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain