suria

Permintaan jadi kekasih selama sehari ditolak, anggota Madein dakwa dicabul bos sendiri

Gaeun dedah menjadi mangsa gangguan seksual.

ANGGOTA Madein mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual majikannya sendiri selepas menyatakan hasrat mengundurkan diri daripada kumpulan kpop itu.

Gaeun atau Oh Ga Eun, 19, mendedahkan Ketua Pegawai Eksekutif 143 Entertainment melakukan perbuatan itu selepas meminta dia menjadi teman wanitanya selama sehari sebagai balasan terhadap permintaan meninggalkan Madein.

"Saya memaklumkan mahu meninggalkan Madein tapi dengan syarat saya perlu menjadi teman wanitanya selama sehari," katanya.

Untitled design (17)

Gaeun baru-baru ini dikatakan mahu berehat panjang.

Gaeun mendedahkan perkara itu menerusi rakaman suara yang dimainkan menerusi rancangan televisyen Skandal Supervisor JTBC.

Dalam pada itu, Gaeun mendakwa majikannya itu mencium dan merabanya secara paksa walaupun ditolak berulang kali.

Malah lelaki tersebut tetap meneruskan perbuatan itu selama dua jam tanpa menghiraukan rayuannya.

ARTIKEL BERKAITAN: B.I langgar ‘protokol’ sebagai bintang kpop, turun pentas dekati peminat... Janji kembali ke Kuala Lumpur

ARTIKEL BERKAITAN: Sunwoo (The Boyz) diserang peminat sampai masuk hospital, agensi bagi amaran tegas

"Saya dicium secara paksa dan diraba walaupun saya menolak berulang kali.

"Saya merayu supaya dia hentikan perbuatan itu tetapi dia terus melakukan perkara itu selama dua jam," ujarnya.

Sementara itu, 143 Entertainment menyangkal dakwaan Gaeun dan menyifatkan ia fitnah berat dilemparkan terhadap Ketua Pegawai Eksekutif syarikat tersebut.

Agensi itu turut menjelaskan tuduhan tersebut timbul akibat salah faham oleh pihak lain dan bukan daripada ahli Madein.

Untitled design (18)

Gaeun berhasrat untuk meninggalkan Madein.

"Kami tegaskan tiada gangguan atau sebarang bentuk hubungan seksual secara paksaan membabitkan ahli Madein dan CEO agensi berkenaan.

"Kandungan yang dilaporkan adalah berdasarkan salah tafsir oleh individu-individu lain dan bukannya oleh ahli terlibat dan kami ingin menegaskan sekali lagi tuduhan itu tidak berasas sama sekali," ujarnya.

143 Entertainment berkongsi kenyataan itu menerusi platform X pada Sabtu.

Baru-baru ini, Gaeun telah memadam semua foto di akaun Instagramnya dan menyahikut CEO syarikat pengurusannya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain