suria

5 tahun lawan kanser buah pinggang, Vidi Aldiano ke Pulau Pinang jalani prosedur imbasan PET 

Vidi menjalani prosedur imbasan PET di sebuah hospital di Pulau Pinang baru-baru ini.

LIMA tahun melawan kanser buah pinggang, penyanyi Indonesia Vidi Aldiano memilih menjalani prosedur imbasan tomografi pancaran positron (PET) di sebuah hospital di Pulau Pinang.

Vidi, 34, bagaimanapun berkata, hasil prosedur itu tidak seperti diharapkan dan membuatnya kembali tertekan mengenangkan penyakit dihidapi namun belum berputus asa melawan kanser.

"Saya pergi ke Pulau Pinang baru-baru ini bukan untuk rawatan tetapi melakukan imbasan PET kerana sudah sampai waktunya. Hasilnya bagaimanapun tidak seperti diharapkan. Ia tidak buruk, tidak juga baik.

"Saya masih berharap dapat terus berjuang melawan penyakit ini sebab ia bukan muda apatah lagi melihat keputusan prosedur itu yang membuatkan saya tertekan," katanya.

Sokongan peminat jadi semangat buat Vidi.

Walaupun kesihatannya terjejas namun Vidi tetap aktif dalam bidang seni.

Vidi berkongsi perkara tersebut dalam satu video yang dimuat naik di Instagram miliknya selepas dia selesai menjalani prosedu itu di Pulau Pinang baru-baru ini.

PET adalah prosedur pengimejan perubatan terkini yang boleh memberikan maklumat terperinci tentang fungsi-fungsi organ atau sistem dalam badan manusia.

Imbasan PET biasanya dijalankan untuk mendiagnosis kanser, gangguan neurologi (otak) dan penyakit kardiovaskular (jantung).

Vidi disahkan menghidap kanser buah pinggang sejak 2019 dan pernah melakukan pembedahan di sebuah hospital di Singapura.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu pernah ikut fahaman agnostik, sakit kanser bawa Vidi Aldiano ke pangkal jalan

ARTIKEL BERKAITAN: Sel kanser semakin merebak... Vidi Aldiano anggap kemoterapi seperti jalani rawatan di spa

Sementara itu, walaupun berdepan masalah kesihatan Vidi masih aktif meneruskan aktiviti seni termasuk mengadakan persembahan pentas selain menjalani penggambaran program televisyen.

Walaupun ramai peminat risau dengan keadaannya, Vidi menganggap kesibukan bekerja adalah sebagai salah satu terapi mengembalikan semangat dalam diri.

"Jangan risau bekerja adalah pilihan dan cara saya 'berubat' dan ia adalah ubat tidak ternilai di dunia.

"Saya anggap bekerja sebagai terapi... Kalau duduk tidak berbuat apa-apa saya akan bertambah sakit. Ini juga cara saya menikmati kehidupan," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain