suria

Alami masalah kesuburan pada usia 27 tahun, pelakon filem ‘Oppenheimer’ jalani proses pembekuan telur

Florence bersyukur dia menyedari masalah kesuburan dihidapi lebih awal.

PELAKON Florene Pugh mengambil keputusan melakukan proses pembekuan telur kerana bimbang tidak berpeluang menimang cahaya mata suatu hari nanti.

Florence, 27, berkata, dia memutuskan menjalani prosedur berkenaan selepas disahkan menghidap masalah kecelaruan hormon atau Polycystic Ovary Syndorom (PCOS) yang menjejaskan tahap kesuburan.

Selain itu, dia turut mengalami masalah lebihan tisu pada bahagian luar rahim atau Endometriosis yang menghalang kehamilan berlaku.

Copy of Untitled (51)

Florence berimpian untuk memilik anak yang ramai.

"Tahun lalu saya rasa ada kelainan pada diri dan apabila membuat pemeriksaan hasilnya tidak berapa baik.

"doktor menjangkakan saya mungkin tidak dapat hamil disebabkan penyakit yang saya hidapi," katanya.

Dalam pada itu, bintang filem Oppenheimer itu memberitahu dia bersyukur kerana tergerak hati melakukan pemeriksaan kesuburan selepas mengalami mimpi pelik beberapa kali.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada anak daripada 3 perkahwinan, Dewi Perssik jalani proses bekukan telur

ARTIKEL BERKAITAN: Kamera rosak ketika rakam babak ranjang, Florence Pugh janggal berdua-duaan dengan Cillian Murphy

Jelasnya, sekiranya dia lambat mengambil tindakan kemungkinan impiannya untuk mempunyai zuriat sendiri tidak kesampaian.

"Mujur saya sedar masalah saya lebih awal dan buat rawatan cepat. Saya memang menginginkan anak sejak dari kecil lagi.

"Nak-nak pula saya datang daripada keluarga yang besar. Saya tak sanggup lihat nasib saya berbeza dengan adik-beradik lain," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain