SPEKULASI mengenai hubungan anggota kumpulan nasyid Sabyan Gambus iaitu Nissa Sabyan dan Ayus bukan lagi rahsia apabila pasangan itu dilaporkan sudah mendirikan rumah tangga sejak Julai lalu. Perkara itu disahkan sendiri oleh Ketua Jabatan Agama di Kecamatan Pondok Gade iaitu Ahmad Sumroni pada Rabu lalu. Menurut Sumroni, pasangan itu melangsungkan pernikahan dalam sebuah majlis secara sederhana dengan Ayu menyerahkan RM65 sebagai mas kahwin dan sebentuk cincin emas kepada Nissa. Ririe berkongsi perkara itu menerusi hantaran di InstaStory pada Rabu. Susulan pendedahan itu, Instagram bekas isteri Ayus iaitu Ririe Fairus pula dibanjiri komen daripada netizen yang meluahkan rasa simpati dan sokongan terhadapnya. Terharu dengan kata-kata semangat diberikan kepadanya, Ririe memberitahu dia berasa lega apabila kebenaran tentang kecurangan Ayus akhirnya terungkai. "Masya-Allah, banyak sangat mesej dan komen masuk. Saya nak ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang beri sokongan dan doa buat saya. "Ketika ini saya dalam keaadaan baik-baik saja dan sangat gembira kerana berasa lega," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Tak mahu berkongsi kasih dengan Nissa Sabyan, isteri Ayus nekad tuntut cerai ARTIKEL BERKAITAN: Adik Ayus akui Nissa Sabyan berselingkuh dengan abangnya - “Memang benar mereka bercinta, saling mencintai satu sama lain” Dalam pada itu, Ririe turut memuat naik tangkap layar mesej daripada pengikut yang meluahkan rasa simpati terhadap nasib menimpa dia dan anak-anak. Sebelum ini, Ririe mendedahkan keretakan rumah tanggannya bersama Ayus disebabkan kehadiran orang ketiga iaitu Nissa yang didakwa bermain cinta dengan bekas suaminya sejak 2021. Ayus dan Ririe bernikah pada 2012 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!