SEORANG model dikenali sebagai Jenn An memfailkan saman terhadap Kanye West selepas mendakwa menjadi mangsa keganasan seksual penyanyi rap berkenaan 14 tahun lalu. Jenn dalam tuntutan saman tersebut turut meminta pampasan yang tidak dinyatakan jumlahnya sebagai ganti rugi kepada trauma dialaminya. Daily Mail melaporkan Kanye didakwa melakukan serangan seksual terhadap Jenn ketika mereka menjalani penggambaran muzik video lagu nyanyian Kanye berjudul La Roux’s In For The Kill. Kanye masih mengunci mulut. Kanye turut didakwa mencekik Jenn ketika penggambaran tersebut sehingga mendatangkan trauma kepadanya selain menyifatkan suasana seperti berada di set filem lucah. Menurut Jenn lagi, dia juga pengsan ketika sedang menjalani penggambaran disebabkan perbuatan ganas Kanye terhadapnya. Bagaimanapun babak di antara mereka berdua dalam muzik video lagu berkenaan dipotong pada suntingan akhir. ARTIKEL BERKAITAN: Kanye West sedia bercerai dengan isteri, mahu jalani hidup bujang ARTIKEL BERKAITAN: Bekas pembantu dakwa mangsa gangguan seksual Kanye West, diberi bahan terlarang ketika hadir parti P. Diddy Dalam pada itu, Jenn memberitahu dia tampil mengambil tindakan terhadap Kanye walaupun kejadian itu sudah lama berlaku selepas melihat beberapa individu lain kehadapan disebabkan perkara sama. Kanye bagaimanapun memilih mengunci mulut terhadap semua dakwaan membabitkan dirinya sejak kebelakangan ini termasuk tuduhan Jenn. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!