TANPA rasa bersalah, pelakon Luna Maya mengakui dia pernah bersikap curang dalam perhubungan. Enggan mendedahkan identiti bekas kekasihnya itu, Luna memberitahu alasan dia bertindak sedemikian kerana rasa bosan. "Tak pernah curang? Ruginya! Saya pernah curang dahulu. Luna kini hangat menjalinkan hubungan cinta bersama Maxime. "Saya buat sebab bosan, lagipun saya pun masih muda waktu itu," katanya menerusi sebuah sesi podcast di Indonesia. Dalam pada itu, Luna menganggap perlakuan curang bukanlah masalah besar memandangkan hubungannya pada ketika itu masih dalam fasa mengenal hati budi. "Tapi masa itu belum berkahwin, kalau setakat bercinta tiada masalah. ARTIKEL BERKAITAN: Kenang kisah cinta tak menjadi, Luna Maya pernah buat lagu untuk Aeril Noah ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan dah dapat restu orang tua, Luna Maya dan Maxime sudah bersedia melangkah fasa perkahwinan "Tetapi jujur selepas tertangkap curang itu hubungan kami putus, saya akui sedih," jelasnya. Luna kini sedang menjalinkan hubungan cinta yang serius bersama aktor Maxime Bouttier sejak dua tahun lalu. Untuk rekod, Luan pernah berinta dengan penyanyi Ariel Noah sekitar 2010 namun hubungan mereka tidak bertahan lama disebabkan beberapa factor yang dirahsiakan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!