KEDIAMAN mewah penyanyi terkenal Korea Selatan Psy disita susulan gagal membayar denda pelanggaran kod bangunan ditetapkan pihak berkuasa tempatan. Denda tersebut dikenakan terhadap Psy atau Park Jae Sang, 46, selepas dia gagal mendapatkan kebenaran secara rasmi daripada pihak berkuasa sebelum melakukan kerja ubah suai terhadap vila tersebut. Psy didakwa menggabungkan unit vila dengan ruang pejabat yang terletak di kawasan berhampiran menjadi satu unit yang jelas melanggar undang-undang. Psy baru-baru ini membeli vila mewah baharu bernilai RM31 juta. "Disebabkan pengubahsuaian haram itu, penduduk di kawasan setempat mula bersuara dan membuat aduan kepada pihak berkuasa," kata sumber. Pihak berkuasa sebelum ini meminta Psy meruntuhkan kembali binaan yang dibuat kepada bentuk asal namun penyanyi itu berdegil terhadap arahan dikeluarkan. Pada Mei lalu, kediaman tersebut disita susulan gagal membayar denda selama setahun tetapi menyelesaikannya pada Oktober lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Peminat tegur makin kurus... PSY sedih baca komen peminat, terus tak berhenti makan ARTIKEL BERKAITAN: PSY kongsi kisah di sebalik kejayaan lagu ‘Gangnam Style’ Untuk rekod, Psy membeli vila mewah itu dengan harga KRW2.2 bilion (RM7 juta) di kawasan UN Village di Hannam-dong pada 2008. Baru-baru ini pula, Psy membeli sebuah lagi banglo mewah di Itaewon yang dianggarkan bernilai KRW10 bilion (RM31 juta). Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!