suria

Sukar berdepan isu penceraian, Paula tetap bersyukur bertemu jodoh dengan Baim Wong... Mula jaga solat dan belajar agama

Paula mula berubah selepas berkahwin dengan Baim.

TATKALA rumah tangganya retak menanti belah, model asal Indonesia iaitu Paula Verhoeven tetap bersyukur dipertemukan dengan dengan suaminya aktor Baim Wong.

Paula, 37, menganggap sepanjang tempoh bersama Baim adalah saat terindah dalam hidupnya.

Perkahwinan enam tahun dengan aktor itu juga banyak mengubah kehidupannya menjadi seorang wanita lebih sempurna.

paula 2

Kes penceraian Baim dan Paula kini masih dalam proses perbicaraan.

"Proses penceraian bukan sesuatu yang mudah buat saya tetapi apabila berdoa dan tahajud saya berterima kasih kepada Allah sebab hadirkan seorang Baim Wong dalam hidup saya.

"Disebabkan Baim saya solat lima waktu dan kerana dia juga saya memakai hijab dan belajar tentang agama," katanya.

Paula berkongsi perkara itu menerusi sebuah temu bual sambil menegaskan dia tidak pernah berlaku curang sepanjang bergelar isteri Baim.

ARTIKEL BERKAITAN: Paula Verhoeven jawab dakwaan curang Baim Wong, banyak kekurangan sebagai isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Baim Wong menyesal dedah aib isteri, salahkan diri gagal jadi suami

Dalam pada itu, Paula juga menyifatkan dua cahaya mata mereka adalah rahmat yang tidak boleh diganti dengan apa pun.

"Kerana Baim saya ada dua orang anak yang sentiasa menghiburkan," katanya.

Kes penceraian pasangan ini juga masih dalam proses perbicaraan selepas Baim memfailkan cerai pada 7 Oktober lalu.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada November 2018 dan dikurniakan dua orang cahay mata iaitu Kiano, 3 dan Kenco yang kini berusia dua tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain