suria

Bukan tanggungjawab menegur, Ahmad Dhani tak pernah marah anak-anak tinggal solat

Dul beritahu bapanya lebih tegas soal kehidupan berbanding soal agama.

PENYANYI terkenal Indonesia Ahmad Dhani tidak pernah menegur atau memarahi jika anak-anaknya tidak mengerjakan solat fardu.

Anak bongsunya iaitu Ahmad Abdul Qodir Jaelani, 24, sebaliknya memberitahu bapanya akan marah jika mereka melakukan kesalahan remeh seperti tidak menutup penghawa dingin selepas digunakan.

Kata Abdul Qodir atau Dul, bapanya merasakan dia dan adik-beradiknya yang lain sudah dewasa dan sepatutnya bertanggungjawab terhadap soal kewajipan dalam agama.

830 x 533 - 1

Dul dedah ayahnya tidak peduli soal agama.

"Kalau tak matikan suis lampu atau penghawa dingin sebelum keluar rumah memang ayah akan marah.

"Tapi kalau bab solat ayah tak akan marah atau tegur," katanya.

Dul berkongsi perkara itu ketika muncul dalam sebuah sesi podcast yang disiarkan di YouTube.

ARTIKEL BERKAITAN: 52 tahun hidup, Ahmad Dhani tak pernah rasa tertekan walau dilanda masalah - “Kena penjara pun duit tetap masuk”

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Dhani rai status duda sahabat, Ari Lasso sempat bergurau isu penceraian

Bagaimanapun kata Dul, ibunya iaitu Maia Estianty sangat tegas tentang soal agama dan akan marah jika mereka tidak solat.

Malah Maia turut menitikberatkan soal adab dan selalu berpesan agar mereka sentiasa menjaga tingkah laku.

"Bab-bab agama ibu sangat tegas malah menitikberatkan tentang adab dan cara kami membawa diri.

830 x 533 - 1

Maia Esianty selalu tegur anak soal agama dan adab

"Ibu selalu tegur atau pesan kalau ada orang lebih tua datang ke rumah perlu jumpa dan bersalaman. Jangan terus keluar tanpa minta izin," ujarnya.

Untuk rekod, Maia dan Ahmad Dhani bercerai pada 2008 sebelum vokalis kumpulan Dewa 19 itu mendirikan rumah tangga dengan Mulan Jameela.

Selain Dul, Maia dan Ahmad Dhani turut dikurniakan dua lagi anak lelaki iaitu Ahmad Al Ghazali, 27 dan Ahmad El Jallaluddin Rumi, 25 tahun.

Maia kemudiannya berkahwin dengan Irwan Mussry pada 29 Oktober 2018 di di Masjid Camii Tokyo, Jepun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain