SELEPAS mengaku mempunyai anak luar nikah bersama model Moon Ga Bi, nama pelakon Jung Woo Sung sekali lagi menjadi sebutan hangat. Mana tidaknya, pelakon berusia 51 tahun itu dikatakan menjalinkan hubungan dengan dua wanita lain selain model berkenaan. Seorang pengguna X mendakwa Woo Sung menjalinkan hubungan bersama seorang akauntan malah hubungan mereka juga sudah mencecah 10 tahun. Pengguna X kongsi pendedahan mengeni Woo Sung. Lebih mengejutkan apabila wanita berkenaan juga sudah berkahwin malah rela bercerai demi bersama aktor tersebut. Dalam pada itu, Woo Sung dituduh mempunyai hubungan dengan seorang wanita berusia 24 tahun. Wanita muda itu bagaimanapun bukan seorang selebriti. Bagi membuktikan dakwaannya, pengguna berkenaan turut memuat naik tangkap layar mesej sebagai bukti pendedahan tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Jung Woo Sung mengaku bapa kepada anak Moon Ga Bi, syarikat pengurusan tampil beri penjelasan! ARTIKEL BERKAITAN: Umur dah masuk 50 tahun, Jung Woo Sung dedah punca belum kahwin Bagaimanapun kesahihan dakwaan tersebut tidak dapat dipastikan memandangkan Woo Sung memilih mengunci mulut mengenai gosip membabitkannya. Sebelum ini, Woo Sung mendedahkan dia adalah bapa kandung kepada anak model, Ga Bi. Malah dia juga sudah berjumpa dengan Ga Bi untuk melakukan perbincangan mengenai anak mereka itu. Untuk rekod, Ga Bi dan Jung Woo dilaporkan mulai rapat pada tahun 2022 namun tidak pernah menjalinkan hubungan secara rasmi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!