suria

Suara macam rakaman studio, netizen dakwa Rose ‘miming’ semasa persembahan pentas dengan Bruno Mars

Rose dikecam dan dituduh nyanyi secara miming di Mama Award 2024.

PERSEMBAHAN penyanyi Rose Blackpink bersama Bruno Mars mendendangkan lagu mereka berjudul APT di Anugerah Mama Award 2024 mengundang kecaman netizen.

Ramai mendakwa Rose menyanyi secara miming semasa persembahan di pentas berprestij itu kerana nyanyiannya terlihat sempurna seperti rakaman dalam studio.

830 x 533 - 1

Gandingan Rose dan Bruno makin disukai ramai sekarang ni.

Walaupun gandingan Rose dan Bruno disukai ramai namun rata-rata berpendapat Rose tidak sepatutnya miming memandangkan dia mempunyai bakat yang besar dalam industri muzik.

"Ia sudah dirakam sebab nampak macam miming saja.

ARTIKEL BERKAITAN: Rose Blackpink obses dengan ketumbar, cadang buka kebun sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan senang gerak solo... Rose (Blackpink) tak percaya Taylor Swift mahu bantu, siap bagi nombor telefon peribadi

"Ia muzik rakaman dan tak tahu kenapa artis Korea jarang menyanyi live," komen netizen di media sosial

Selain kecaman ada juga yang kecewa dengan nyanyian tersebut, malah menyifatkan perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku.

"Vokal dia memang lain, walaupun saya tak tahu ini rakaman atau tidak tapi tolong la jangan bergaduh dalam komen ini," luah netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain