SELEPAS kecoh isu dicabul bos sendiri, anggota kumpulan K-pop Madein iaitu Gaeun akhirnya secara rasmi meninggalkan kumpulan itu. Dalam kenyataan rasmi, syarikat pengurusannya iaitu 143 Entertainment menyatakan bahawa Gaeun atau Oh Ga Eun, 19, meninggalkan kumpulan berkenaan pada Jumaat. "Dukacita memaklumkan bahawa Gaeun akan meninggalkan pasukan mulai hari ini (Jumaat)," kata agensi menerusi platform X pada Jumaat. Baru-baru ini Gaeun mendakwa dicabul bos sendiri. Dalam pada itu, agensi itu tegas menyangkal dakwaan Gaeun sebelum ini yang menjadi mangsa gangguan seksual majikannya sendiri. Agensi turut memberitahu bahawa mereka memiliki bukti yang kuat untuk menunjukkan dakwaan itu tidak benar. "Selain itu, kami ingin menjelaskan bahawa dakwaan salah laku seksual baru-baru ini adalah tidak berasas sama sekali. ARTIKEL BERKAITAN: Permintaan jadi kekasih selama sehari ditolak, anggota Madein dakwa dicabul bos sendiri ARTIKEL BERKAITAN: Sunwoo (The Boyz) diserang peminat sampai masuk hospital, agensi bagi amaran tegas "Kami mempunyai bukti yang jelas dan kukuh untuk membuktikan kepalsuan dakwaan ini," ujarnya. Sementara itu, 143 Entertainment membuat permohonan maaf kepada peminat atas keputusan yang dilakukan dan mengharapkan sokongan yang berterusan untuk Madein. "Kami memohon maaf kerana menyampaikan berita yang begitu berat kepada peminat. Kami memohon sokongan dan galakan anda yang berterusan untuk Gaeun dan Madein," tulisnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!