suria

Ibu menyesal hantar Priyanka Chopra masuk sekolah asrama, setiap minggu naik kereta api jumpa anak

Madhu (kiri) menyesal dengan keputusan menghantar Priyanka ke sekolah berasrama penuh.

IBU kepada pelakon Bollywood Priyanka Chopra iaitu Madhu Chopra menyesal dengan keputusan menghantar aktres berkenaan di sekolah berasrama penuh.

Madhu memberitahu dia sering menangis apabila merindui anaknya dan akan melawat Priyanka di asrama setiap minggu.

Tindakan Madhu itu bagaimanapun menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan guru-guru dan menasihatinya untuk tidak lagi datang setiap minggu.

priya - 1

Priyanka mampu hidup berdikari hasil didikan di sekolah asrama.

"Saya kadang-kadang terfikir sama ada saya seorang ibu yang jahat sebab hantar Priyanka masuk sekolah asrama.

"Saya menyesal sebab saya selalu menangis merindukannya.

"Setiap hari Sabtu saya memang akan melawatnya di asrama dengan menaik kereta api," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu macam burung hantu berjaga malam, sekarang Priyanka Chopra bangun 7 pagi urus anak

ARTIKEL BERKAITAN: Diminta tunjuk seluar dalam, Priyanka Chopra kecewa pengarah cuba malukannya

Madhu berkongsi perkara itu ketika muncul dalam temu bual dalam sebuah podcast bersama Rodrigo Canelas.

Bagaimanapun, Madhu tetap berbangga dengan kejayaan Priyanka dalam bidang pendidikan kerana pelakon itu seorang pelajar yang bijak.

"Walaupun itu adalah keputusan yang saya sangat kesal (hantar ke asrama) tetapi Priyanka ternyata baik-baik sahaja, malah dia berjaya hidup berdikari," ujarnya.

Sebelum ini, Prinyanka pernah berkongsi mempunyai hubungan rapat dengan ibu dan telah melalui suka duka bersama.

Madhu juga sering menemaninya ke set penggambaran filem sebelum berkahwin dengan penyanyi Nick Jonas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain